Tuesday 23 August 2011

Hikayat 2 ukm in series

Tumblr_lp3pxxv1el1qj5rbgo1_500_large

Assalamualaikum pembuka bicara
tirai dibuka menggamit suasana
bermulalah al-kisah hikayat kelas kami
member of 2UKM yang sporting belaka

2UKM selamat dilahirkan
studentnye wow ! bermacam laku bermacam rupa
bila bising bukan main lagi
terpekik terlolong mengalahkan hantu

39 body satu kepala
19 teruna 20 gadis
selalu buat 'gimik' , itulah kami
that's why title kelas ter'hot' kami yang punya

story bermula perihal bonda kami
Pn. Ng Hooi Sen bonda kelas kami
kalau bab 'berspeaking' , memang dia la yang paling fasih
faham , tak faham kami redah je

ini dia , Harees ketua kelas kami
badan kurus , ada hati nak jadi 'Gangster'
the word of 'shit' penyuntik semangat diri
muka dia ni memang patut kena baling duster

Faiz , pula selaku assistent kami ,
sentiasa serius amanah diberi
mulut berbisa tidak berperi
ayatnya , pergh tak de 'insurans'

ini cewek sudah mali
jalan melenggang mencari money
itulah Lisa 'ah long' kelas kami
dia datang , kami cabut lari

berkaca mata , berotak geliga
itulah Kashvin perfect segalanya
tahap pandai mengalahkan 'KRK'
'first place' ?? normal bagi dia

Azahari , pelawak antarabangsa
Syahiran pula , gila-gila otaknya
bila bergabung bergegar dunia
kerana suara mereka memecah suasana

lagu barat jadi penghibur hati
itulah Izzati , radio kelas kami
menyanyi lagu dah jadi habit
nasib baik suara tak macam katak puru

nama je Bilal , tak sedar diri
pot pet pot pet , mengalahkan perempuan
bila ditegur , menjawab pula
biarlah asalkan dia bahagia

Amal dan Miza kembar tak seiras
muka toilet diberi title
'always' ke tandas tak henti-henti
ghoman mereka mengalahkan ratu berhias

'kerusi terbang' story terhangat
itulah Hafizudin 'wanted' dikehendaki
confirm lesap kalau terlambat
alamak ! ex-wanted da insaf la ...

berluka, berhingus 'kacang' baginya
Shafiza lah penyelamat selaku 'heroin' kami
si 'kilang tisu' gelaran diberi
masalah selesa dalam sekelip mata

Afif namanya diberi
rupanya boleh la ala2 korean gitu
gelaran 'Kim Hyun Jung' buat dirinya
ala... pemanang award 'Macho of the year' , dalam mimpi

ini orang tak banyak cakap
ada mulut macam tak nak guna
Adil student kelas kami
Hello bro , kasi tayanglah itu gigi

lima gadis melayu terakhir
Sharina, Ruzlin, Syahirah, Hidayah dan Nadia orangnya
di dalam kelas buat hal sendiri
tapi takpelah kami boleh terima

empat orang dalam satu story
'bola kertas' pilihan hati
sentiasa dimarah mereka tak kisah
Hai ... Mughilan,Thilages,Ilangkathir dan Sivaraj pegi belaja lah .

Sabrina dan Divashini banyak mulutnya
selalu membebel tak tentu masa
Vimalla pula dengan gelagatnya
itulah mereka 'the geng of murai'

Jeevan, Prabu dan Umesh diberi nama
Rubashree pula manis orangnya
bab belajar tetap cekal
kononya, nak kalahkan 'first place' kelas kami

dua prefect indian girls
Darshini dan Kanages nama diberi
kesana kesini sentiasa berkepit
mengalahkan Jithira dengan buah hatinya

hikayat kami hampir khatam
tirai dibka hampir ditutup
datang pula seorang teruna
terpaksalah kami smabung cerita

Thaqif , student baru kelas kami
admire berlambak, lagi bersepah
tidak curang, lagi setia
'fixie hijau' kekasih di hati

selesai sudah hikayat kami sebagai hiburan
buat tatapan pembaca budiman
bukan kutukan atau sindiran
sekadar gurauan dalam persahabatan





creator: Amalina Syahirah
editor: Izzati Erlena
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...